Sabtu, 9 Mac 2013

BERITA TERKINI




PECEROBOHAN DI LAHAT DATU SABAH, MALAYSIA


Pencerobohan perairan Sabah, telah mengegarkan seluruh rakyat Malaysia. Namun ia tidaklah sebegitu membimbangkan. lajutannya :

Turuti perkembangan semasa:

Dikupas dari Berita Harian Online:

Lahad Datu: 27 individu mencurigakan ditahan di pantai Tanjung Batu
2013/03/09 - 18:06:32 PM 

LAHAD DATU: Polis menahan 27 orang dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki tiga bot di pesisir pantai Tanjung Batu, dekat sini, jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata mereka ditahan kerana berada di lokasi larangan dan mereka memberikan alasan ingin menangkap ikan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, di sini, sebentar tadi.




WIRA_WIRA MALAYSIA


Penduduk Lahad Datu terus diingatkan jauhi kawasan operasi
2013/03/10 - 10:01:23 AM 


KUALA LUMPUR: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan supaya tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang sudah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terbabit ini.

"Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lalu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.


Pengganas dapat upah
2013/03/10 - 07:48:39 AM

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Pasukan Cawangan Khas Polis untuk menyiasat dakwaan bahawa pengganas Sulu menerima upah sebanyak AS$600 (RM1,863) dan tawaran tanah bagi menyertai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu melalui laman sosial dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan sewajarnya.
Beliau berkata, sehingga kini pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan itu yang didedahkan media Filipina.

Belum terima maklumat

Pihak ATM setakat ini tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar Filipina iaitu Philippine Star melaporkan jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda, sebagai berkata bahawa Benigno Aquino III akan berusaha untuk memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa segelintir tentera penceroboh terpedaya dengan janji dan tawaran yang ditawarkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Kami juga melihat dalam laporan media, sebahagian daripada tentera diraja Sulu dibayar sebanyak AS$600, dijanjikan tanah serta kedudukan dalam kesultanan Sulu, katanya dipetik daripada akhbar Philippine Star. Beri akses penuh

Lacierda berkata, Filipina juga meminta kerajaan Malaysia supaya dapat memberi mereka akses penuh kepada rakyatnya yang ditahan ekoran pertempuran berlaku di Sabah itu.

Katanya, pengikut bersenjata Jamalul Kiram hanya merangkumi sebahagian kecil daripada warga Filipina, namun warganya yang lain mematuhi peraturan yang ditetapkan Malaysia di Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan