Selasa, 12 Mac 2013

Taubat



TAUBAT 



ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat:

1. Ikhlas ingin bertaubat

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat:

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat:

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa ketika merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dalam ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.

Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,



Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah swt.



Sabtu, 9 Mac 2013

Bagaimana Ushawan didorong oleh kerajaan

<Dikupas dan Diterbitkan oleh AZIZAN >


Usahawan adalah di mana tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan factor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti mencari peluang-peluang perniagaan, mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan dirinya dan orang ramai(masyarakat), dapat memenuhi keperluan orang ramai, bersedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti dan mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Selain itu, usahawan perlulah mempunyai sikap seperti berinisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat tentang pemasaran dalam perniagaan mahupun rupa pada diri, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja di mana permintaan produk daripada pelanggan dapat dihantar tepat pada waktunya,  berorientasi ke arah kecekapan, membuat perangcang yang sistematik, menyelesaikan masalah, keyakinan diri, kecergasan, mengunakan strategi pengaruh, bermatlamat dan berwawasan dan juga bertenaga.

Penubuhan dasar ekonomi baru telah memberi impak yang besar dan kepentingan kepada usahawan bagi memberi saingan dan memperkasakan kedudukan ekonomi Negara yang berlandaskan dorongan kerajaan. Ini telah terbukti bahawa dasar ekonomi baru memberi peluang kepada buruh kecil bagi mengusahakan perniagaan ke peringkat yang antarabangsa dan menimpostasikan barangan yang tersediaada mahupun inovasi barang agar lebih inovatif. Dalam dasar pembagunan Nasional, telah memberi pandangan yang bersar tehadap perindustrian dan revolusi terhadap usahawan bumiputra. Dengan adanya rancangan Malaysia (RMK) telah memberi harapan kepada usahawan muda mahupun usahawan yang sederhana melakukan perkembangan perkhidmatan dan penjualan peroduk mereka. Selain itu, kerajaan telah membuka laluan bagi ushawan yang kecil kepada usahawan yang lebih besar. Usahawan adalah seseorang yang menjalankan aktiviti perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan akan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Usahawan juga perlu memberntuk perniagaan baru iaitu ke peringkat awal skala operasi perniagaan adalah kecil akan tetapi ia berupaya berkembang maju dari masa ke semasa. Ia sudah dapat kita lihat di mana Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu perdana menteri ke lima telah memperkenalkan pasaraya “Rakyat 1 Malaysia” di mana barangan usahawan tempatan telah ditempatkan di dalam ruangan pasaraya tersebut.

            Kerajaan telah banyak memberi dorongan kepada usahawan kecil, sederhana mahupun dalam lingkugan yang besar dimana kerajaa Malaysia telah memberi peluang pinjaman kepada usahawan bagi mengusahakan atau memperkembangkan perniagaan ke peringkat Negara dan seterusnya ke antarabangsa. Banyak pinjaman yang telah dibiayai yang disediakan oleh kerajaan mahupun siswa yang baru graduate ataupun  peniaga yang kecil-kecilan. Selain itu, pihak-pihak bank di seluruh Malaysia juga telah menyediakan pembiayaan bagi usahawan yang inginkan meningkatkan kualiti dan quantity di dalam perniagaan. Contoh pinjaman daripada kerajaan adalah TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) telah memberi impak kepada usahawan kecil mahupun sederhana. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah meningkatkan had pinjaman kepada usahawan di bawah kendalian daripada RM50,000 kepada RM100,000 dan tidak lupa juga peruntukan sebanyak RM100 juta akan dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembangunan korporat bagi pertambahan ekuiti Bumiputera di dalam “Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013”.  Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan "Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah mengutamakan usahawan bagi berdaya usaha, jujur dan prograsif dalam perniagaan usahawan. Datuk Seri Najid Tun Razak berkata dalam pelancaran ekspo keusahawan Tekun Nasional 2013 pada 9 Febuari 2013 “Golongan Usahawan Kecil dan Sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan”.          


            Sebagaimana yang telah dinyatakan, pelbagai jenis pinjaman atau institusi pinjaman telah dilakukan iaitu Modal untuk Usahawan Koperasi (MUSK) dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari Agrobank Malaysia dan banyak lagi. Selain itu kerajaan telah memperuntukan pembiayaan baru pada 26 mei 2012 dimana kerajaan telah melancarkan dana pembiayaan baru berjumlah RM200 juta bagi menyokong industri kandungan kreatif tempatan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana yang akan dikenali sebagai Modal Teroka MyCreative itu akan berfungsi sebagai sumber pembiayaan untuk usahawan yang bergiat dalam industri kreatif. “Malaysia sedang bergerak ke arah memupuk budaya keusahawanan baru dengan meletakkan nilai yang tinggi kepada inovasi dan kepintaran. “Kerajaan ingin melihat syarikat yang akan ditubuhkan pada masa depan didorong oleh usahawan yang memiliki idea baru yang inovatif. Justeru, pengenalan dana baru ini bakal membantu usahawan berkaitan mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam industri ini,”

            Selain itu, dorong yang telah diberikan oleh kerajaan telah membuah hasil dari segi pelbagai keperluan dan kehendak oleh pembeli dan juga pengguna. Manfaat telah memberi usahawan ke persada dunia bagi mempromosikan produk mereka dan juga hubungan diplomatic yang telah dibuat oleh kerajaan telah memberi lebih banyak peluang usahawan bagi mengembangkan produk yang telah dihasilkan. Dari segi sudut lain, kerajaan telah membuka jalan pertama bagi melangkau ke jalan seterusnya bagi membuka syarikat sendiri iaitu dengan adanya khidmat latihan dan kursus-kursus yang penting melibatkan pengurusan dan keperibadian seseorang ushawan. Kerajaan telah memulakan langkah dengan memberi pendedahan kepada masyarakat dari peringkat sekolah lagi. Selain itu, pembudayaan keusahawanan telah dikemukakan oleh kerajaan dalam satu proses jangka panjang dan berterusan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat bagi memceburi bidang perniagaan. Lajutan itu, MECD telah menjalankan pelbagai aktiviti ke arah memupuk budaya usahawan iaitu program usahawan muda(PUM), program pembagunan keusahawanan di IPTA, program pembagunan usahawan siswa dan banyak lagi program yang telah dibuat oleh pihak kerajaan tersebut. Ini dalah bagi memupuk budaya keusahawanan dengan cara formal mahupun tidak formal. Peranan kerajaan telah memberi impak yang besar dalam kerjaya menjadi usahawan dan juga usahawan yang berjaya sekian lama telah memberi peningkatan kepada ekonomi Malaysia. Selain itu, keuntungan dapat dirasai oleh perkembangan produk ke persanda dunia. Usahawan yang telah diberi dorongan dapat menyesuai diri dalam bidang usahawan yang berjaya dan melakukan perubahan terhadapt diri dari segi pertuturan, memujuk dan juga inovatif terhadap barangan yang sedia ada mahupun mencipta apa-apa produk baru yang memberi manfaat kepada pengguna mahupun masyarakat.

            Kaedah dan perancangan dalam menjadi usahawan telah diberi tunjuk oleh kerajaan  kursusnya usahawan yang ingin berjaya dan usahawan yang baru memulakan kerjayanya. kerajaan juga memberi pendedahan secara terbuka terhadapan perusahaan peluang perniagaan yang berada di ragkaian Negara Malaysia ini dan juga menerangkan bagaimana hendak mendapatkan jaringan dalam perniagaan. Selain itu, sektor kerajaan telah membuka bengkel-bengkel pengasuhan minda dan cara-cara memujuk dan berkomunikasi kepada rakyat sekitar iaitu kemahiran berunding dan kepintaran keusahawanan serta meningkatkan kebolehan mengkomersilkan penemuan-penemuan baru. Pendedahan intergriti diri telah diberikan secara kursus oleh kerajaan dimana usahawan dapat menyesuaikan diri mereka terhadap sektor mahupun syarikat-syarikat yang berjaya.

ciri-ciri usahawan yang ingin berjaya

Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung

Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung




Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)

pautan dari : http://www.islamituindah.my

BERITA TERKINI




PECEROBOHAN DI LAHAT DATU SABAH, MALAYSIA


Pencerobohan perairan Sabah, telah mengegarkan seluruh rakyat Malaysia. Namun ia tidaklah sebegitu membimbangkan. lajutannya :

Turuti perkembangan semasa:

Dikupas dari Berita Harian Online:

Lahad Datu: 27 individu mencurigakan ditahan di pantai Tanjung Batu
2013/03/09 - 18:06:32 PM 

LAHAD DATU: Polis menahan 27 orang dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki tiga bot di pesisir pantai Tanjung Batu, dekat sini, jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata mereka ditahan kerana berada di lokasi larangan dan mereka memberikan alasan ingin menangkap ikan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Daulat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, di sini, sebentar tadi.




WIRA_WIRA MALAYSIA


Penduduk Lahad Datu terus diingatkan jauhi kawasan operasi
2013/03/10 - 10:01:23 AM 


KUALA LUMPUR: Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan supaya tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang sudah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terbabit ini.

"Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lalu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.


Pengganas dapat upah
2013/03/10 - 07:48:39 AM

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Pasukan Cawangan Khas Polis untuk menyiasat dakwaan bahawa pengganas Sulu menerima upah sebanyak AS$600 (RM1,863) dan tawaran tanah bagi menyertai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu melalui laman sosial dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan sewajarnya.
Beliau berkata, sehingga kini pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan itu yang didedahkan media Filipina.

Belum terima maklumat

Pihak ATM setakat ini tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar Filipina iaitu Philippine Star melaporkan jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda, sebagai berkata bahawa Benigno Aquino III akan berusaha untuk memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa segelintir tentera penceroboh terpedaya dengan janji dan tawaran yang ditawarkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Kami juga melihat dalam laporan media, sebahagian daripada tentera diraja Sulu dibayar sebanyak AS$600, dijanjikan tanah serta kedudukan dalam kesultanan Sulu, katanya dipetik daripada akhbar Philippine Star. Beri akses penuh

Lacierda berkata, Filipina juga meminta kerajaan Malaysia supaya dapat memberi mereka akses penuh kepada rakyatnya yang ditahan ekoran pertempuran berlaku di Sabah itu.

Katanya, pengikut bersenjata Jamalul Kiram hanya merangkumi sebahagian kecil daripada warga Filipina, namun warganya yang lain mematuhi peraturan yang ditetapkan Malaysia di Sabah.

ISLAM ITU INDAH (SOLAT DHUHA)

SOLAT DHUHA


Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.



HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

3. Tidak disunatkan.


4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka cyang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.


Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.



Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:


 أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
 Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

 وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:


Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

 ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.


Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

 أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ 

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

 مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

 كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?

Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.


Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri